Thursday, August 19, 2010

Couple HALAL atau HARAM?



Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada
pembaca sekalian..Sudah lama rasanya kita
tidak bersua di dunia maya,mungkin kerana masa
terlalu mencemburui dan mungkin juga kerana
 jari-jemari  ini terasa longlai untuk
 menaip dengan keyboard ..

So,hari ini saya ingin melontarkan pandangan
saya tentang isu "Couple"..Sedar tak sedar kita 
telah dilanda tsunami "couple"..why???
cuba kita amati media-media masa sejak 
akhir-akhir ini,isu apa yang acapkali dipertonton
kepada umum,isu-isu apa yang selalu diperkatakan
oleh masyarakat,sudah tentu isu "buang bayi"
Bukankah itu "hadiah" daripada perhubungan
terlarang yang menjadikan "Couple" sebagai
paksinya..sama-samalah kita renungkan..



Majoriti remaja menganggap cinta dan "couple"
membawa maksud yang sama namun sebenarnya
cinta itu merupakan dua elemen yang berbeza..
"Couple itu memerlukan cinta TAPI cinta xperlukan
couple..Cinta adalah perasaan kasih dan sayang
terhadap makhluk lain..Cinta membawa kepada
kedamaian,persahabatan,kebahagian dan
booster positif dalam kehidupan sehari-harian..
"Couple" pula satu perhubungan intim antara dua
individu tanpa ikatan yang sah dan ramai remaja
telah terjerumus ke lembah kehinaan kerna telah
tersalah takrif maksud cinta..

Setelah meneliti maksud "couple dan cinta",mungkin
persoalan ini bermain di dasar fikiran pembaca sekalian..
Couple ni HALAL,HARAM atau HALAM?
So,di sini saya ingin menyatakan bahawasanya
"COUPLE ITU HARAM"

Ok,sekarang mari kita rungkai kenapa
Couple itu Haram..Pertamanya,kerna "couple"
itu mendekatkan diri kita dengan penzinaan..

Firman Allah di dalam Surah Al-Isra' ayat 32
"Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu
satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk"

Bagaimana couple itu mendekatkan diri dengan penzinaan?
Kebiasaannya remaja yang hanyut dengan dunia "couple"
tidak akan berasa puas dengan hanya bersms/berchatting dengan
pasangannya..Mereka pasti ingin kerap bertemu dan ketika itulah
syaitan mengambil kesempatan untuk menggoda mereka melakukan
maksiat dari sekecil-kecil zarah hinggalah penzinaan,Nauzubillahiminzalik..

Sabda Rasullulah s.a.w.:"Apabila seseorang lelaki dan perempuan
berdua-duaan yang ketiganya ialah syaitan"

Seterusnya,couple itu menjauhkan seorang hamba dengan PenciptaNya
Kaum adam dan hawa umpama magnet yang berlainan kutub yang
ingin menarik-narik antara satu sama lain.Daripada perumpamaan itu
dapat saya simpulkan bahawa betapa hebatnya penangan virus couple
ini.Mana tidaknya nak beribadah (solat,bljr n etc) asyik teringat dengan
buah hati pengarang jantung,tak boleh nak berenggang dengan handphone
dan laptop walau sebentar,sehari tak berhubung rasa macam dua
minggu tiada khabaran berita dan berbagai-bagai lagi simptom
 virus couple ini.Semakin bertambah virus-virus couple ini
dalam diri individu ia akan melemahkan antibodi takwa lalu
menyebabkan seseorang hamba itu lupa haknya kepada Pencipta...

Ok,sekalipun couple "dikatakan" ada kebaikan seperti
menyebabkan pasangan tersebut bertambah cemerlang dalam pelajaran
tetapi kita tidak boleh sekali-kali mencampurkan yang halal dan
haram dlm kehidupan seharian kita.Umpamanya kita ada satu bekas berisi
nasi yang elok,kemudian kita masukkan nasi basi dalam bekas tersebut,
apa jadi dengan nasi kita?Fikir-fikirkan sedalam-sedalamnya..


Couple diharamkan juga kerana pembaziran dari segi
masa,wang ringgit dan tenaga..Masa yang terluang seelok-eloknya
diisi dengan beribadah seperti bersukan berbanding bersms/berchatting.
Ok,bila sentuh pasal wang ringgit pernah tak terbayang
berapa banyak wang habis disebabkan bercouple? Andaikan
sebulan sekali berdating+sms+tambang+shopping dengan psgn=RM 120
RM120X10X6 tahun belajar di varsiti=RM 7200..
Besar sungguh nilainya kan..Wang sebanyak ni boleh guna
utk beli motor/bayar duit muka utk kereta atau bermacam-macam
keperluan lain apabila melangkah keluar dari varsiti.Konklusinya,
+ tempoh masa couple= (-) saving

Untuk akhirnya,kepada sesiapa yang belum pernah bercouple
jangan sesekali kita mencuba kerana sekali kita mencuba agak sukar
untuk kita kembali ke pangkal jalan.Kepada sesiapa yang dah ber"couple"
dan ter"couple" secara sengaja/ xsengaja timbangtara perbuatan anda
kerana  untuk menghentikan dan meneruskan aktiviti itu pilihan anda
sendiri.LaStly but not least,hayatilah firman Allah yang bermaksud:

"Tidakkah aku jadikan jin dan manusia itu untuk beribadah kepadaKu"






























Monday, June 21, 2010

Ahlan wa sahlan ya Rejab

Tarikh 1 Rejab 1431 Hijriah bagi tahun Masihi 2010 jatuh pada 14 Jun 2010 (Isnin). Akhirnya bulan Rejab muncul kembali dan kita sebagai Muslim harusnya berasa bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan dan keselesaan oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

1.Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2.Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3.Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4.Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5.Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6.Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7.Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8.Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1.Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2.Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3.Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

Doa Di Bulan Rejab:

1.Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

2.Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.

3.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

dipetik dari:
http://didik-solat.blogspot.com/ 

Monday, May 31, 2010

Redha dan pasrah

Sesuatu yang tak pasti,
bakal menanti,
dalam perjalanan ke destinasi,
untuk merealisasi hajat di hati,
kerna itu ku perlu berlari,
tanpa kusedari,
ada yang sentiasa memerhati,
ku akan sedya upaya pasrah
 akan apa yang terjadi
meskipun hati terasa dipanahi..

Wednesday, May 5, 2010

Berilah harapan


Suara Dari Kejauhan
Menangis Merintih Pilu
Termangu-mangu Di Muka Pintu
Pada Siapa Saja Yang Sudi Mendengar

Sebuah Harapan Membawa Khabar
Tangisan Si Anak Kecil
Yang Kesakitan
Rintihan Dari Ayah Ibu
Yang Sekian Lama Menanggung Derita
 

Berilah Harapan
Taburlah Budi
Semaikan Kasih Setulus Budi
Seikhlas Hati
Semurni Nurani
Buat Semua Insan Di Dunia

Bersama Harapan dan Air Mata
Jangan Biarkan Terus Basah Di Pipi
Hulurkan Bantuan dan Pengorbanan
Dari Hati Yang Ikhlas
Simpati Tanpa Nista
 
Berilah Harapan
Taburkanlah Budi
Semaikan Kasih Setulus Budi
Seikhlas Hati
Semurni Nurani
Buat Semua Insan Di Dunia!
''
Konklusinya,"sentiasalah berharap tetapi  jangan terlalu mengharap dan usahlah memberi 
harapan palsu tetapi hadiahkanlah insan lain harapan tulus dari hatimu wahai diri"

Wednesday, April 28, 2010

Kerna cinta dihatiku telah mulai berputik,ini jawapannya...




Cinta? Jarang orang berbicara tentang cinta , rindu dan cemburu. Ramai juga yang selalu terlalu prejudis terhadap cinta. Menganggap cinta dan rindu sebagai suatu perkara yang buruk dan menjijikkan. 

Siapa? 
Golongan yang paling ramai berpandangan sedemikian ialah para remaja. Sehingga ada segelintir remaja yang menyalah ertikan tentang maksud cinta dan rindu sehingga terlalu berlebih-lebihan di dalam melaksanakan maksud cinta yang dicipta oleh mereka dengan melakukan perkara-perkara maksiat. Tidak dapat dinafikan ada yang sanggup berzina dengan pasangannya hanya dengan menggunakan istilah “ cinta” dan “rindu”.


Namun.. 
Mungkin kerana wujud golongan yang menyalahgunakan erti sebenar cinta , maka golongan remaja yang menjaga peribadi mereka juga turut memandang serong terhadap cinta. Katanya berdosa cintan cintun ini...

Apa itu Cinta ? Apa itu rindu?
 

Cinta juga makhluk. Rindu juga makhluk
 ciptaan Allah taala. Seseorang akan menjadi musuh terhadap sesuatu yang dia tidak kenali dengan mendalam. Kalau ingin membenci cinta maka sepatutnya perlu berlaku adil padanya. Perlu kenal apa itu cinta terlebih dahulu. Perlu kenal apa itu rindu terlebih dahulu. Ada benar juga kata orang tak kenal maka tak cinta ...

Selami erti CINTA, RINDU & CEMBURU 

Cinta, rindu dan cemburu adalah 3 perkara yang tidak boleh kita nafikan dalam hidup kita. Ketiga-tiga perkara ini wujud di dalam hati sanubari seseorang. Menakujubkan kerna Ianya juga banyak membantu di dalam kehidupan seseorang. 

Buktinya?
 Allah taala tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan perkara itu ada tugasnya tersendiri. Lemahnya adalah kita yang tidak mampu mencari hikmahnya.

Tanpa cinta, kita tidak akan wujud di dunia ini. Tanpa cinta seseorang boleh berlaku kejam terhadap keluarganya. Tanpa cinta dunia akan gelap gelita tanpa sinar. Sebagai contoh paling dekat , ayah dan ibu kita tanpa wujudnya cinta dalam hati mereka maka tidak akan wujud kita.
Tanpa cinta mereka tidak mungkin kita dapat dibesarkan dalam keadaan yg sempurna, menjadi seorang yg berguna dalam hidup kita kini..


Walaubagaimanapun..
. Kurangnya rasa cintalah yang menyebabkan seseorang itu berlaku kejam terhadap saudaranya. Begitu juga rindu dan cemburu. Tanpa cemburu seseorang boleh membiarkan kekasihnya melakukan maksiat. Tanpa cemburu maka seorang isteri akan membiarkan suaminya bermain kayu tiga dan tanpa cemburu jugalah menyebabkan seseorang akan membiarkan hatinya dipermainkan orang lain.Lihat sahabat indahnya pentingnya cinta dalam kehidupan
. Cinta itu kasih syg ...perasaan yg mulia diwujudkan dalam hati manusia oleh Allah taala..

Cinta menurut al-Qadhi al-Syeikh Muhammad Ahmad Kan’an
 di dalam kitabnya Usul al-Muasyarah al-Zaujiyah ialah kecenderungan hati terhadap perkara yang dicintai. Cinta sebenarnya adalah perbuatan dan amalan hati. Bukan amalan anggota badan.


Tanpa cinta ini maka perkahwinan tidak akan berjaya dan bahagia. Perlu difahami dengan baik, yang memberikan kebahagian dan ketenangan bukanlah zat cinta itu sendiri, bahkan yang memberikannya kepada kita ialah Pemilik Cinta itu sendiri iaitu Allah Yang Maha Pencinta dan Pengasih. Cuma cinta ini sebagai satu wasilah bagi mencapai ketenangan itu.


Menurut al-Qadhi Muhammad Kan’an, kunci utama kepada cinta bermula dengan pandangan mata. Oleh sebab itulah Baginda sallallahu alaihi wasallam menggalakkan kepada seseorang yang ingin bertunang agar melihat terlebih dahulu kepada tunangnya. Agar bertambah rasa cinta dan rindu.


Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Nasa’ie rahimahumallah daripada Saidina Syukbah radhiyallahu anhu katanya:


خطبت امرأة فقال لي رسول الله صلى الله عليه و سلم: هل نظرتَ إليها ؟ قلتُ : لا , قال : فانظر إليها فإنه أحرى أن يؤدَمَ بينكما

Maksudnya:
 "Aku telah meminang seorang wanita. Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam bertanya kepadaku: Adakah kamu telah melihatnya wahai Syukbah? Aku menjawab: Tidak Ya Rasulallah. Maka sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam: Lihatlah padanya, sesungguhnya dengan melihat itu akan menjadikan kamu berdua merasa lebih serasi dan berkenan."

Fahami Cinta? 
Sesuatu yang perlu kita fahami ialah cinta sebenar itu ialah cinta yang ingin dibina atas dasar iman. Maksud saya bukan sekadar bercinta tetapi meletakkan bahawa wanita yang dicintainya dan lelaki yang dicintainya akan dijadikannya sebagai isteri dan suami. Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam daripada Saidina Ibn Abbas radhiyallahu anhuma:


لم يُرَ للمتحبَين مثل النكاح

Maksudnya:
" Tidaklah dilihat kepada dua orang yang sedang bercinta melainkan pernikahan."

Jalinan kasih atas dasar cinta. Cinta untuk menuju cinta Nya. Cinta diri apa adanya. Tidak saling menuntut bahkan saling memperbaiki diri. Itulah pernikahan...


Kebahagiaan akan jauh lebih indah, ketika dua keluarga besar itu bersatu. Subhanallah, penuh rasa syukur. Syukur atas nikmat Nya, syukur atas nikmat sebagai seorang Islam. Sungguh indah, kerana dengan bernikah silturahim antara keluarga terjalin.

Besarnya hikmah pernikahan dalam Islam..Islam itu sendiri telah menyediakn sebaik baik penyelesaian..Bagaimana dengan sahabat kala cinta memanggil mampu kah kita menghadapi nya..insyaAllah pilih la sebaik baik jln sahabatku :)



p/s:Terima kasih kepada penulis post ini Saudari hurul mardhiah

Friday, April 16, 2010

Denyut kasih medik


Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman).
 Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. 
Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. 
Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...
Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik hasil
karya Dr Farhan Hadi suami novelis Fatima Syarha Nordin..
hockey player animation

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails