Tuesday, January 19, 2010

PMS oh PMS!!




Gejala

Terdapat banyak gejala sindrom  PMS, antara yang biasa dialami ialah:
  • tekanan
  • mudah marah, naik angin{mosimage}
  • mudah penat
  • sakit pada sendi, belakang
  • tidak berminat dengan seks
  • sakit pada payudara
  • kembung perut
  • sakit kepala
  • perubahan pada kulit (jerawat) dan rambut
  • sukar tidur
  • naik berat badan
  • sembelit
  • selera makan berubah
  • sukar beri tumpuan

Penyebab

  • Tiada siapa yang tahu apa penyebab sebenar PMS. Namun terdapat kaitan antara perubahan hormon semasa kitaran haid.
  • PMS bukan disebabkan oleh tekanan atau masalah psikologi, walaupun faktor ini membuatkan gejala PMS bertambah teruk.
  • Ada kajian yang mengatakan bahawa kekurangan hormon progesterone boleh menyebabkan PMS, namun kajian ini tidak cukup kuat.

Pencegahan

Antara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkannya ialah dengan:
  • elakkan atau kawal tekanan
  • dapatkan tidur secukupnya
  • makan makanan dengan karbohidrat kompleks (antaranya beras perang, roti gandum penuh)
  • mandi air panas
  • minum teh panas diperah limau atau lemon
  • untuk perut cramp, minum teh peppermint atau chamomile
  • makanan tinggi potassium seperti ikan, kekacang
  • stabilkan kandungan gula dalam darah dengan makan sedikit tetapi kerap
  • lebihkan serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang
  • elakkan daging merah dan makanan berminyak, berlemak
  • kurangkan gula, garam (sodium) dan kafein
  • vitamin E, vitamin B6, minyak primrose mungkin membantu (minta nasihat doktor anda dahulu)
  • kalsium dan magnesium juga boleh diambil
  • amalkan bersenam
  • pengambilan pil perancang boleh mengurangkan gejala PMS tetapi ia mempunyai kesan sampingan
  • segelas susu panas dengan serbuk kayu manis mungkin membantu
  • ubat tahan sakit seperti ibuprofen, aspirin boleh melegakan cramp, sakit kepala, sakit belakang dan sakit pada payudara.
  • elakkan sembelit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails