Tuesday, February 9, 2010

Lambaian nil..(khas utk warga 5kaa2009)

Bunyi kokokan ayam jantan mengejutkan Adlyna dari terus dibuai mimpi.Adlyna segera membelek-belek jam loceng di atas mejanya.Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi.Oh,tidak aku dah lewat!jerit Adlyna lantas dia segera mencapai tuala dan segera bersiap-siaga.Sebenarnya dia dah terlewat temu janji dengan Dato Dr Salehudin,wakil rakyat tempat tinggalnya untuk meminta jasa baik beliau membiayai pengajiannya di Mesir dalam bidang perubatan.Vrooom!!Adlyna menghidupkan enjin motosikalnya dan terus memecut laju ke Taman Sri Putra tempat letaknya rumah tuan doktor.Rumah tuan doktor kelihatan tertutup rapat dan tidak berpenghuni.Namun Adlyna tidak berputus asa.Loceng rumah tuan doktor ditekan.Setelah berkali-kali mencuba
muncul satu susuk tubuh yang memang dikenalinya,Hasif.Hasif anak bongsu tuan doktor.Wah,semakin segak dan bergaya dia sekarang!
"Oh,kamu rupanya,Adlyna!Saya ingatkan anak-anak jiran saya yang membunyikan loceng.Kamu apa khabar?''Khabar baik,Hasif.Ni,saya nak tanya kamu ni,ayah kamu ada di rumah tak?"Ayah saya tiada di rumah.Baru sahaja dia pergi,"ujar Hasif dengan nada bersahaja."Kalau begitu,tak apalah.Saya balik dulu,ya.Assalamualaikum,"ucap Adlyna.
Adlyna duduk bersandar di muka pintu sambil menikmati pemandangan sawah yang menguning menunggu masa untuk dituai.Satu demi satu memorabilia zaman persekolahannya muncul di kotak ingatan.Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok,sekolah tempat dia mengutip mutiara ilmu yang cukup besar nilainya dan di situlah terpatri ukhuwwah dengan teman-teman seperjuangan terutamanya kelas 5 KelaS Aliran Agama."huh,sungguh tidak cocok nama kelas tersebut dengan warganya kerna kelas itu lebih padan dengan jolokan kelas 5KeAnak-Anakan''getus Adlyna.Bila teringat soal teman-teman, hati Adlyna cukup terusik.Mana tidaknya semua temannya dapat melanjutkan pelajaran.Aini si gadis tinggi lampai telah menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang bioteknologi bersama-sama dengan Faiezah dan Ainur.
Izzati, melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang undang-undang.Memang  padan pun bidang tersebut dengannya kerana setiap kali berlaku perdebatan pasti dialah juaranya.Azrul dan Hafizah pula belajar Di Darul Quran,Kuala kubu Bharu.Sementara Azieyan,Aida dan Hani menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Islam Antarabangsa.Syem atau nama sebenarnya Shahirah sekarang di Universiti Teknologi Petronas.Tit..Tit..lamunan Adlyna terhenti.Dia terus mencapai telefon bimbitnya.Dua mesej yang perlu dibaca.



Salam,Ad.Malam ni sy akan bertolak ke Jepun.Doakan saya~Adam
Allah will always by your side.Pray to Allah.Moga saya dan kamu dipertemukan di Alex,k.~Ashira


Adlyna termenung memikirkan nasibnya.Ashira mendapat tajaan Mara untuk menyambung pelajarannya walaupun keputusan peperiksaannya kurang daripadanya.Memang betullah kata-kata bonda tercinta pengemudi kelasnya, Pn.Munirah"rezeki,jodoh,ajal dan maut di tangan Allah kita merancang tetapi Allah yang menentukan.Baru kini dia mengakui kebenaran kata-kata keramat itu.Keputusan cemerlang tidak menjamin rezeki kita dan tidak semestinya orang yang tidak berpelajaran tidak akan berjaya dalam kehidupan duniawi.

Lihat sahaja Bill Gates walaupun tercicir dalam bidang pendidikan tetapi berjaya menjadi orang yang paling kaya dalam dunia.Apa yang penting semangat dan keinginan untuk berjaya.


Azan zohor berkumandang.Adlyna segera membersihkan diri untuk menghadap penciptanya.Usai solat , dia menadah tangan kelangit sambil berdoa.


Ya Allah Ya Rahman Ya Razzaq,jika rezekiku jauh Engkau dekatkanlah padaku..Jika rezekiku dekat Engkau permudahkan bagiku.Jika rezekiku di langit Engkau turunkanlah ke bumi,jika rezekiku sedikit Engkau perbanyakkanlah buatku,jika rezekiku banyak Engkau berkatilah ia dan jika rezekiku hilang Engkau kembalikanlah padaku,Ya Rahim...Ameen..


Adlyna membuka 'notebook' kesayangan untuk menyemak permohonan buat kali kedua untuk mendapatkan bantuan Majlis Amanah Rakyat(Mara).Namun lain yang diharap lain yang diperolehi.Harap maaf permohonan saudari untuk mendapatkan bantuan biasiswa Mara telah ditolak.......


Adlyna menghela nafas kekecewaan.Masih terngiang-ngiang di telinga Adlyna tentang tazkirah ringkas Pn.Munirah guru muda yang cukup ayu lagi menyejukkan mata memandang,guru yang berwibawa dan komited dengan tugasnya tentang pentingnya semangat yang kental tidak bersikap lemah supaya anak didiknya terus maju jaya dengan mengemukakan terjemahan Al-quran dan kata-kata tokoh Islam.

 Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
 padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
 jika kamu orang-orang yang beriman. 
 Surah Al-Imran ayat 139

"Dalam setiap perjuangan itu ada masa meningkat,ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita tidak merasai kalah."
~Syed Qutb~

Bunyi deruman enjin motokar memasuki halaman rumahnya jelas kedengaran.Sepasang suami isteri keluar dari kenderaan tersebut dan memberi salam.Salam mereka segera disambut Adlyna lantas mempersilakan pasangan tersebut masuk serta menghidangkan teh tarik untuk mereka.Sementara menunggu ibu bapanya pulang,Adlyna berbual-bual kosong dengan pasangan tersebut dan mendapat tahu bahawa mereka adalah kawan lama ayah dan ibunya ketika zaman persekolahan dan sudah 15 tahun mereka tidak berjumpa.15 minit kemudiaan kelibat ayah dan ibunya muncul.Ayah dan ibunya bersalaman dan berpelukan kegembiraan kerana dapat melepaskan kerinduan antara satu sama lain.Bermulalah episod bertukar-tukar pendapat,pandangan dan cerita dari saat itu hingga larut malam.Mereka hanya berhenti sebentar untuk solat dan makan malam.Sebelum pulang , pasangan tersebut menyatakan hasrat mereka untuk memetik bunga di jambangan sekiranya belum berpunya dan meminta ibu dan ayahnya memberi jawapan secepat mungkin.Malam semakin larut.Adlyna tidak dapat melelapkan mata memikirkan hasrat pasangan tersebut.Hendak ditolak takut mengecewakan ibu bapanya hendak diterima takut barangkali tidak sepadan dengannya.Puas dia berfikir akhirnya terlelap jua.Keesokan harinya,Adlyna bangun awal dari biasa.Niat dihati ingin bertemu teman lama di Pekan Banting.Usai mengemas rumah,dia segera mengenakan  tudung hijau  buatan Turki dan menunggu bas di Perhentian Bas Jenjarom.Setengah jam kemudian,bas yang akan membawanya ke destinasi yang hendak dituju tiba.Sepanjang perjalanan Adlyna asyik memerhatikan panorama alam yang memukau pandangan dari tingkap bas.Perjalanan mengambil masa 12 minit.Setibanya di sana , Adlyna segera menuju ke Banting Superbowl sepertimana yang dijanjikan Akmal dan Madiha.Puas dia menunggu namun batang hidung kedua-dua  temannya  tidak pun kelihatan.Lantas dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah.Tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil.
"Ad,kamu ke ni,Adlyna Bt Shahir!Dah lain sedikitlah wajah kamu,"ujar Fadillah


"Kamu pun apa kurangnya Fad,"balas Adlyna sambil mengukirkan senyuman.


Mereka terus berbual-bual dan bermain bowling.Usai bermain Adlyna pulang ke rumah dengan hati yang berbunga.Bunyi deruman enjin motorsikal posmen memecahkan kesunyiaan .


Surat,surat!!Adlyna terus menuruni anak tangga rumahnya dan mendapatkan surat daripada posmen tersebut.Satu sampul surat yang tertera namanya segera dibuka.Kandungan surat itu diamatinya beberapa kali.Seperti tidak percaya dia mendapat tawaran belajar ke Mesir dan akan dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor. Lantas dia mengkhabarkan berita gembira itu kepada ibu bapanya.Ibunya terus mengucup pipinya.Perasaan gembira,syukur dan bangga jelas terpancar di wajah kedua-duanya.

~BERSAMBUNG~

sambungan part 2 di link di bawah...






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails