Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Tuesday, February 9, 2010

Lambaian nil..(khas utk warga 5kaa2009)(PART2)


Adlyna duduk di atas anak-anak batu Sungai Tanjung.Pandangannya menjadi sayu kerna tempat ini tidak akan dikunjunginya lagi dalam satu tempoh yang agak lama.Tempat yang terpahat seribu satu kenangan yang mengusik emosi.Esok,dia sudah perlu mendaftar diri di Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM),Bangi untuk menjalani kursus persediaan ke luar negara.Perasaan berdebar-debar menghantui jiwanya.Namun demi cita-cita yang murni dia sudah membulatkan tekad untuk melangkahkan kaki di bumi asing untuk menjalani proses tarbiyyah dan ta'lim.Kicauan burung mewarnai suasana yang semakin kelam.Adlyna belum lagi berganjak dari tempat duduknya.Pada hematnya,dia ingin menikmati saat terakhir sepuas-puasnya sebelum dia berhijrah ke bumi asing.Namun,laungan suara ayahnya mematikan hasratnya itu.Segera Adlyna mengangkat kaki dengan langkah yang longlai mengekori ayahnya ke rumah.Setibanya di rumah Adlyna melihat kelibat  ibunya yang sudah lama menunggu di muka pintu.

"Lyna sayang,anak umi ni dari mana je lah,umi risau sangat tengok kamu tak balik-balik lagi..."
"Maaf umi, Lyna tadi pergi sungai kat hujung kampung,"lantas Adlyna berlalu pergi untuk membersihkan diri kerana badannya terasa melekit-lekit dek 'bermandi peluh'.

Usai solat maghrib,Adlyna mengemaskan barang-barang keperluan untuk kegunaannya sepanjang kursus 3bulan di ILIM.Setelah berpuas hati dengan kerjanya itu, Adlyna menuruni anak tangga rumahnya untuk  menuju  ke dapur.Almaklumlah perutnya sudah berkeroncong kerna tidak dialas sejak petang tadi.Ibu dan ayahnya memang sudah lama menanti untuk sama-sama menikmati makan malam bersama anak kesayangannya itu.Selesai makan,Adlyna mendengar amanat terakhir daripada kedua-dua insan yang amat disayanginya yang  bakal dijadikan azimat ketika mengorak langkah di bumi asing.

AllahuAkbar2x!Suara muazzin melaungkan azan jelas kedengaran.Adlyna bangkit dari lenanya,mengemas tempat tidurnya dan menuju ke kamar mandi.Seusai membersihkan diri Adlyna segera menghadap Sang Penciptanya dan mengungkapkan sebaris doa yang menjadi senjatanya untuk menghadapi hari baru.


Barang-barang keperluannya segera diangkut ke dalam 'bonet' kerete Pak Teh Zainal.Adlyna bersalaman dan berpelukan dengan kedua-dua orang tuanya memohon restu dan doa  untuk berangkat pergi.Perlahan-lahan kereta Pak Teh Zainal meninggalkan perkarangan rumahnya.Adlyna hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.Berbagai-bagai perasaan menyerang jiwanya.Setelah lama kereta pakciknya menyusuri jalan raya,akhirnya tiba juga mereka ke destinasi.Kelihatan ramai ibu bapa berjalan beriringan dengan anak-anak kesayangan mereka.Hati kecil Adlyna sedikit mengeluh"kalaulah abah dan umi ada kat sini,tentu seronok".

"Hai,ops Assalamualaikum,boleh saya tahu nama saudari?"
Adlyna tersentak daripada monolognya.
Oh,saya Adlyna.

Mereka mula berbual mesra dan  berjalan beriringan ke dewan utama ILIM.Dalam diam Adlyna menaruh perasaan terhadap lelaki yang baru dikenalinya,Aiman.Hari demi hari berlalu,masa terus sahaja bergerak tanpa menunggu walaupun sesaat,hari yang ditunggu-tunggu akhirnya akan tiba jua setelah tiga bulan,mengutip  butir-butir pengetahuan,mengerti maksud kesabaran dan belajar menjadi pejuang ilmu yang betah dimarah,diherdik dan dididik.

Pengunguman..Perhatian kepada semua pelajar yang bakal menamatkan kursus persediaan pada esok hari,anda diminta berkumpul di Dewan Utama Mahallah Aisyah untuk taklimat dan majlis penutup program sekarang....

Para pelajar dan tenaga pengajar sudah berkumpul di dewan.Seorang demi seorang pelajar diberi peluang untuk memberikan ucapan dan meluahkan rasa yang terbuku dijiwa mereka termasuklah Adlyna.Adlyna berasa sangat tidak senang ketika memberikan ucapan terakhirnya kerna sepasang mata asyik memandangnya dengan pandangan yang mendalam maksudnya.Selesai memberi ucapan,sesusuk tubuh yang dari tadi asyik memerhatikannya naik ke atas pentas untuk memberikan seuntai bicara  bagi mewakili semua pelajar-pelajar yang akan melanjutkan ke luar negara kerana sepanjang program dia telah menggalas beban sebagai masulah   dan mengungkapkan kata-kata yang membuat semua audiens termasuk para tenaga pengajarnya tergaman.

Akhir sekali,saya berharap agar saudari Adlyna bt Shaharudin sudi membina masjid bersama saya.
Terima kasih...

Pipi Adlyna yang putih gebu sudah mulai kemerah-merahan lantaran menahan rasa malu dengan ungkapan yang telah diungkapkan Aiman.Apatah lagi semua audiens yang mengenali dirinya mengalihkan perhatian mereka sebentar untuk melihat reaksinya,yang mana tidak mengenalinya tercari-cari siapakah gerangan orang yang dimaksudkan Aiman.Adlyna sebenarnya sangat terkejut dengan apa yang diungkapkan Aiman.Mana tidaknya sejak hari pendaftaran itu,Aiman tidak pernah menegurnya apatah lagi berbual dengannya.Tapi apa yang menggembirakan Adlyna dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Marratan awwal
Al-ilmu awwalan!!

Setelah 3 kali mengungkapkan kata tersebut,pensyarah kesayangan Adlyna, Dr.Noor Saiyidah menamatkan bicaranya.Kata-kata tersebut membuatkan Adlyna tersentak daripada terus diselubungi perasaan yang berbunga-bunga."Betul juga kata-kata puan dr itu"bisik hati kecilnya.Aku harus membuat keputusan yang betul supaya aku tidak melukakan hati mana-mana pihak.

~bersambung~

Adakah Adlyna akan menerima lamaraN Aiman atau menerima keluarga kawan lama ibu bapanya SEBAGAI keluarga barunya..nantikan sambungannya..huhu

Lambaian nil..(khas utk warga 5kaa2009)

Bunyi kokokan ayam jantan mengejutkan Adlyna dari terus dibuai mimpi.Adlyna segera membelek-belek jam loceng di atas mejanya.Jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi.Oh,tidak aku dah lewat!jerit Adlyna lantas dia segera mencapai tuala dan segera bersiap-siaga.Sebenarnya dia dah terlewat temu janji dengan Dato Dr Salehudin,wakil rakyat tempat tinggalnya untuk meminta jasa baik beliau membiayai pengajiannya di Mesir dalam bidang perubatan.Vrooom!!Adlyna menghidupkan enjin motosikalnya dan terus memecut laju ke Taman Sri Putra tempat letaknya rumah tuan doktor.Rumah tuan doktor kelihatan tertutup rapat dan tidak berpenghuni.Namun Adlyna tidak berputus asa.Loceng rumah tuan doktor ditekan.Setelah berkali-kali mencuba
muncul satu susuk tubuh yang memang dikenalinya,Hasif.Hasif anak bongsu tuan doktor.Wah,semakin segak dan bergaya dia sekarang!
"Oh,kamu rupanya,Adlyna!Saya ingatkan anak-anak jiran saya yang membunyikan loceng.Kamu apa khabar?''Khabar baik,Hasif.Ni,saya nak tanya kamu ni,ayah kamu ada di rumah tak?"Ayah saya tiada di rumah.Baru sahaja dia pergi,"ujar Hasif dengan nada bersahaja."Kalau begitu,tak apalah.Saya balik dulu,ya.Assalamualaikum,"ucap Adlyna.
Adlyna duduk bersandar di muka pintu sambil menikmati pemandangan sawah yang menguning menunggu masa untuk dituai.Satu demi satu memorabilia zaman persekolahannya muncul di kotak ingatan.Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok,sekolah tempat dia mengutip mutiara ilmu yang cukup besar nilainya dan di situlah terpatri ukhuwwah dengan teman-teman seperjuangan terutamanya kelas 5 KelaS Aliran Agama."huh,sungguh tidak cocok nama kelas tersebut dengan warganya kerna kelas itu lebih padan dengan jolokan kelas 5KeAnak-Anakan''getus Adlyna.Bila teringat soal teman-teman, hati Adlyna cukup terusik.Mana tidaknya semua temannya dapat melanjutkan pelajaran.Aini si gadis tinggi lampai telah menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang bioteknologi bersama-sama dengan Faiezah dan Ainur.
Izzati, melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang undang-undang.Memang  padan pun bidang tersebut dengannya kerana setiap kali berlaku perdebatan pasti dialah juaranya.Azrul dan Hafizah pula belajar Di Darul Quran,Kuala kubu Bharu.Sementara Azieyan,Aida dan Hani menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Islam Antarabangsa.Syem atau nama sebenarnya Shahirah sekarang di Universiti Teknologi Petronas.Tit..Tit..lamunan Adlyna terhenti.Dia terus mencapai telefon bimbitnya.Dua mesej yang perlu dibaca.



Salam,Ad.Malam ni sy akan bertolak ke Jepun.Doakan saya~Adam
Allah will always by your side.Pray to Allah.Moga saya dan kamu dipertemukan di Alex,k.~Ashira


Adlyna termenung memikirkan nasibnya.Ashira mendapat tajaan Mara untuk menyambung pelajarannya walaupun keputusan peperiksaannya kurang daripadanya.Memang betullah kata-kata bonda tercinta pengemudi kelasnya, Pn.Munirah"rezeki,jodoh,ajal dan maut di tangan Allah kita merancang tetapi Allah yang menentukan.Baru kini dia mengakui kebenaran kata-kata keramat itu.Keputusan cemerlang tidak menjamin rezeki kita dan tidak semestinya orang yang tidak berpelajaran tidak akan berjaya dalam kehidupan duniawi.

Lihat sahaja Bill Gates walaupun tercicir dalam bidang pendidikan tetapi berjaya menjadi orang yang paling kaya dalam dunia.Apa yang penting semangat dan keinginan untuk berjaya.


Azan zohor berkumandang.Adlyna segera membersihkan diri untuk menghadap penciptanya.Usai solat , dia menadah tangan kelangit sambil berdoa.


Ya Allah Ya Rahman Ya Razzaq,jika rezekiku jauh Engkau dekatkanlah padaku..Jika rezekiku dekat Engkau permudahkan bagiku.Jika rezekiku di langit Engkau turunkanlah ke bumi,jika rezekiku sedikit Engkau perbanyakkanlah buatku,jika rezekiku banyak Engkau berkatilah ia dan jika rezekiku hilang Engkau kembalikanlah padaku,Ya Rahim...Ameen..


Adlyna membuka 'notebook' kesayangan untuk menyemak permohonan buat kali kedua untuk mendapatkan bantuan Majlis Amanah Rakyat(Mara).Namun lain yang diharap lain yang diperolehi.Harap maaf permohonan saudari untuk mendapatkan bantuan biasiswa Mara telah ditolak.......


Adlyna menghela nafas kekecewaan.Masih terngiang-ngiang di telinga Adlyna tentang tazkirah ringkas Pn.Munirah guru muda yang cukup ayu lagi menyejukkan mata memandang,guru yang berwibawa dan komited dengan tugasnya tentang pentingnya semangat yang kental tidak bersikap lemah supaya anak didiknya terus maju jaya dengan mengemukakan terjemahan Al-quran dan kata-kata tokoh Islam.

 Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,
 padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
 jika kamu orang-orang yang beriman. 
 Surah Al-Imran ayat 139

"Dalam setiap perjuangan itu ada masa meningkat,ada masa menurun. Kekalahan itu sebenarnya bermula daripada kita merasai lemah dan kemenangan itu bermula apabila kita tidak merasai kalah."
~Syed Qutb~

Bunyi deruman enjin motokar memasuki halaman rumahnya jelas kedengaran.Sepasang suami isteri keluar dari kenderaan tersebut dan memberi salam.Salam mereka segera disambut Adlyna lantas mempersilakan pasangan tersebut masuk serta menghidangkan teh tarik untuk mereka.Sementara menunggu ibu bapanya pulang,Adlyna berbual-bual kosong dengan pasangan tersebut dan mendapat tahu bahawa mereka adalah kawan lama ayah dan ibunya ketika zaman persekolahan dan sudah 15 tahun mereka tidak berjumpa.15 minit kemudiaan kelibat ayah dan ibunya muncul.Ayah dan ibunya bersalaman dan berpelukan kegembiraan kerana dapat melepaskan kerinduan antara satu sama lain.Bermulalah episod bertukar-tukar pendapat,pandangan dan cerita dari saat itu hingga larut malam.Mereka hanya berhenti sebentar untuk solat dan makan malam.Sebelum pulang , pasangan tersebut menyatakan hasrat mereka untuk memetik bunga di jambangan sekiranya belum berpunya dan meminta ibu dan ayahnya memberi jawapan secepat mungkin.Malam semakin larut.Adlyna tidak dapat melelapkan mata memikirkan hasrat pasangan tersebut.Hendak ditolak takut mengecewakan ibu bapanya hendak diterima takut barangkali tidak sepadan dengannya.Puas dia berfikir akhirnya terlelap jua.Keesokan harinya,Adlyna bangun awal dari biasa.Niat dihati ingin bertemu teman lama di Pekan Banting.Usai mengemas rumah,dia segera mengenakan  tudung hijau  buatan Turki dan menunggu bas di Perhentian Bas Jenjarom.Setengah jam kemudian,bas yang akan membawanya ke destinasi yang hendak dituju tiba.Sepanjang perjalanan Adlyna asyik memerhatikan panorama alam yang memukau pandangan dari tingkap bas.Perjalanan mengambil masa 12 minit.Setibanya di sana , Adlyna segera menuju ke Banting Superbowl sepertimana yang dijanjikan Akmal dan Madiha.Puas dia menunggu namun batang hidung kedua-dua  temannya  tidak pun kelihatan.Lantas dia membuat keputusan untuk pulang ke rumah.Tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil.
"Ad,kamu ke ni,Adlyna Bt Shahir!Dah lain sedikitlah wajah kamu,"ujar Fadillah


"Kamu pun apa kurangnya Fad,"balas Adlyna sambil mengukirkan senyuman.


Mereka terus berbual-bual dan bermain bowling.Usai bermain Adlyna pulang ke rumah dengan hati yang berbunga.Bunyi deruman enjin motorsikal posmen memecahkan kesunyiaan .


Surat,surat!!Adlyna terus menuruni anak tangga rumahnya dan mendapatkan surat daripada posmen tersebut.Satu sampul surat yang tertera namanya segera dibuka.Kandungan surat itu diamatinya beberapa kali.Seperti tidak percaya dia mendapat tawaran belajar ke Mesir dan akan dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor. Lantas dia mengkhabarkan berita gembira itu kepada ibu bapanya.Ibunya terus mengucup pipinya.Perasaan gembira,syukur dan bangga jelas terpancar di wajah kedua-duanya.

~BERSAMBUNG~

sambungan part 2 di link di bawah...






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails