Monday, February 22, 2010

Lambaian nil..(khas utk warga 5kaa2009)(Part 3)

Perjumpaan terakhir tamat dengan bacaan doa wehdah.Semua pelajar bergegas keluar dari dewan.Adlyna masih tidak berganjak dari tempat duduknya.Fikirannya mulai berserabut.Banyak persoalan bermain di kepalanya.
"Ad,jom pegi bilik aku,kitaorg wat makan besar,"jerit Fatimah dari kamar mahalah Zainab.Adlyna bingkas bangun untuk meraikan pelawaan rakannya itu.Gurauan dan gelak tawa rakan-rakanya memecah keheningan malam tersebut.Inilah saat terakhir mereka bersama dan setelah terbit mentari pagi mereka bakal melayari satu perjalanan dan persinggahan baru.Selesai menghabiskan saat-saat bahagia itu,Adlyna masuk ke kamar biliknya dan terus melelapkan matanya.
Bunyi penggera telefon bimbit mengejutkan Adlyna dari tidurnya.Segera Adlyna membersihkan diri dan menghadap Penciptanya supaya diberi petunjuk terhadap permasalahan yang menimpa dirinya.Usai solat,Adlyna mengemas barang-barang untuk dibawanya pulang ke desa tercinta.Rindu yang menebal membuatkan dirinya tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke tempat dia memperolah tarbiyyah awwal.Apa khabar agaknya ayam,itik dan lembu peliharaannya,"dia bermonolog.

Kereta Pak Teh Zainal memasuki perkarangan ILIM.Adlyna bersalam-salaman dengan teman-teman seperjuangannya dan meninggalkan mereka dengan langkah yang longlai dan berat hati.Mana tidaknya setelah 3 bulan mereka bersama dalam suka dan duka,kini mereka terpaksa berpisah.Sepanjang perjalanan adlyna hanya membisu dan menikmati panorama alam yang memukau pandangannya.Setibanya di perkarangan rumahnya Adlyna fikiran Adlyna diselubungi dengan seribu satu pertanyaan.Manatidaknya halaman rumahnya dipenuhi dengan kereta-kereta yang tidak diketahui tuannya dan kelihatan ramai orang termasuklah sanak-saudaranya.Yang paling membuatkan Adlyna kaget ialah kewujudan dua buah khemah seperti khemah untuk kenduri kahwin.

Adlyna masuk ke dalam rumah setelah mengucapkan salam.Semua mata tetamu yang ada di dalam rumahnya tertumpu kepadanya sebentar.Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri ,ada yang hanya melemparkan senyuman dan ada yang hanya duduk bersahaja meneruskan kerja masing-masing.Adlyna segera bersalaman dengan tetamunya dan terus mendapatkan ibu bapanya.Ibu bapanya menunjukkan suatu isyarat yang tidak mampu dibaca olehnya dan dia pasti ia membawa isyarat mendalam untuknya.

Suara Pak Imam memecahkan suasana rumahnya.

"Seperti yang kita sudah maklum tuan rumah kita En.Shaharudin b Elyas dan Pn.Noor Sharifah bt Razali menjemput tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini untuk meraikan hari bersejarah buat putri kesayangannya
Nur Adlyna bt Shaharudin yang akan mengikat cintanya dengan Muhd Aiman b Imran dengan ikatan yang suci.Diharap hadirin semua dapat memberikan kerjasama.

Muhd Aiman b Imran,''panggil Pak Imam
ya,saya...
Aku nikahkan dikau dengan Nur Adlyna Bt Shaharudin dengan maskahwinnya seratus ringgit tunai..

Dengan sekali lafaz Aiman dan Adlyna telah bergelar suami isteri.Adlyna terasa bagai dia masih di alam mimpi dan tidak disangka-sangka inilah rupanya kejutannya yang hendak diberikan oleh kedua-dua orang tuanya kepadanya ketika mereka berbicara menerusi telefon.Namun Adlyna redha dan bersyukur kerana permasalahannya telah selesai.

...................................................................................................................................................................

Sungguh indah rasanya bagi dirinya setelah melayari  bahtera perkahwinan selama seminggu dengan permulaan yang halal.Adlyna sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik yang juga merupakan masulahnya di Ilim,juga sangat bersyukur dengan layanan keluarga barunya.Banyak perkara baru dan ibrah yang diperolehi natijah dari ikatan yang suci.Benarlah kata pujangga cinta yang terbina berlandaskan syariat kemanisannya tidak terhitung banyaknya.

Hari yang dinanti-nanti oleh dirinya dan suaminya tiba.Hari ini merupakan hari yang akan membuka lembaran baru dalam kamus hidup mereka.Hari  mereka akan melayari satu perjalanan yang pastinya banyak durinya di tengah perjalanan yang pastinya meninggalkan bumi tercinta untuk mengembara ke bumi Anbiya'.

Usai solat berjemaah dan bersalaman-salaman dengan keluarga mereka memohon maaf dan memohon restu untuk mengembara,Aiman dan Adlyna meninggalkan perkarangan rumahnya.Aiman singgah sebentar di Restoran Ahmad untuk membeli air jambu untuk isteri kesayangannya itu.Kerana mengejar masa Aiman terus sahaja melintas tanpa melihat lalu lintas.

Damn!!


apakah yang berlaku kepada Aiman dan adakah Aiman dan Adlyna akan meneruskan pelajaran ke mesir...Nantikan...

Blogger Templates
Blogger Templates



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails