Friday, February 26, 2010

Lambaian nil part4(part 5)

~Dalam kenangan allahyarham Khairul al-rafsanjani(1992-2009)~

Damn!!Bunyi itu menarik pandangan Adlyna untuk melihat apa yang berlaku daripada tingkap teksinya.Sesusuk tubuh yang berlumuran darah terbaring di atas jalanraya.Susuk tubuh yang sangat dikenali dan disayangi sedang bertarung dengan ajal pada perkiraannya kerna mana mungkin kecederaan yang parah membolehkannya terus bermusafir diatas muka bumi jikalau hidup pun keadaan hidupnya akan bertambah mencabar.Adlyna segera mendekati susuk tubuh itu.Hatinya sungguh sayu dan tidak dapat menahan sebak di dadanya lantas titis-titis "embun" akhirnya jatuh jua.Orang ramai semakin ramai mengerumuninya dan semakin lama jumlah mereka semakin ramai.Masing-masing ingin mengetahui apa yang terjadi dan membuatkan keadaan bertambah serabut.Mujur ada insan yang memahami perasaannya ketika itu dan meminta orang ramai untuk bertenang dan tidak berkerumun lagi bak  sang semut bertemu gula.Nafas Aiman semakin lama semakin semput.Dadanya juga berombak kencang hanya kalimah "Allah"yang mampu diucapkan dengan suara yang tersekat-sekat dan akhirnya kalimah itu tidak lagi kedengaran kerana denyutan nadi Aiman telah berhenti.Aiman sudah mengembara ke alam lain.Airmata Adlyna mengalir bertambah deras dan semakin lama semakin deras.Adlyna membuat panggilan kepada keluarganya memaklumkan kejadian itu dengan suara yang tidak bermaya.Ahlul baytnya bergegas ke tempat kejadian untuk menenangkanya dan  mengangkat  tubuh Aiman yang tidak lagi bernyawa ke dalam van untuk dibawa ke masjid untuk diuruskan jenazahnya.Sanak saudara,teman-teman yang mengenali Aiman dan ahli kariah Masjid Ehsani berkumpul di masjid untuk turut serta memberikan penghormatan terakhir serta menunaikan solat yang tidak mempunyai ruku' dan sujud.Ucapan takziah dan kata-kata semangat dari yang menziarahi sedikit sebanyak dapat membuatkan Adlyna dan ahlul baytnya tenang dan terubat kesedihan mereka.Usai upacara pengebumian seorang demi seorang hadirin meninggalkan tanah yang masih merah yang dihiasi dengan nisan yang tetap berdiri kaku .Adlyna masih lagi tidak berganjak dari tempat itu seperti tidak mahu berpisah dengan jasad Aiman yang sudah 7 kaki dalam tanah.Begitu juga bonda dan ayahandanya,abi dan ummu Aiman.Azan yang berkumandang dari surau Raudhah akhirnya membuatkan Adlyna serta bonda dan ayahandanya juga abi dan ummu Aiman menapak pergi meninggalkan dua buah nisan yang teguh berdiri.Yang mati pastinya akan meneruskan hidup mereka di alam barzakh sana dan yang hidup pastinya perlu berjuang untuk menunaikan hak mereka di bumi yang indah kepada pencipta dan perlulah akur kepada janji Sang Pencipta "kullu nafsin zaiqatul maut"meskipun hakikat tersebut pahit untuk ditelan.

                                                                   ~bersambung~

P/s:Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Nabi Muhammad S.A.W,juga kepada mereka yang telah pergi juga kepada Allahyarham Muhd Saiful Islam bin Dzulkifli,Muhd Khairul al-rafsanjani dan Muhd Fudhail(xsamttarspm2009)yang telah kembali ke rahmatullah pada tahun lepas...Al-fatihah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails