Tuesday, March 2, 2010

Lambaian nil..(part5)

Hari ini genaplah seminggu pemergian Aiman juga genaplah seminggu dia bergelar janda muda.Sedikit sebanyak duka lara di hati Adlyna telah terubat dek kerana runtuhya baitul muslim yang baru hendak dibinanya  kerana pengemudinya telah tiada.Namun Adlyna redha dan akur atas ketentuanNya.Dia kini sedang berusaha mengumpul seribu satu kekuatan untuk berjuang melawan kesedihan dan meneruskan perjalanan dan permusafirannya.Adlyna menghabiskan masa yang berbaki tiga hari lagi di bumi Malaysia dengan membaca buku-buku motivasi seperti La tahzan yang boleh dijadikan azimat untuknya dalam menerjah ruang kehidupan yang baru.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari yang ditunggu akhirnya berkunjung tiba.Adlyna menuju ke Lapangan terbang antarabangsa  kuala lumpur(klia) sambil ditemani ayahanda dan bonda juga ayah dan ummu Aiman.Beberapa orang rakan-rakannya juga turut berada di klia untuk memberikan perangsang dan sebagai pertemuan akhir sebelum Adlyna bermusafir ke bumi Mesir.

Perhatian!!
Kepada penumpang-penumpang Malaysia Airline yang akan  ke Cairo sila bergegas ke pesawat BE 7018 sekarang kerana pesawat akan berlepas 15 minit lagi.

Adlyna menerima kucupan terakhir dari insan tersayang.Perasaan menjadi terharu dan sedih kerana terpaksa berpisah dengan insan tersayang yang telah mendidiknya sejak kecil lagi.Air matanya bergenang di kelopak matanya tapi berjaya ditahan daripada mengalir.Seboleh-bolehnya Adlyna tidak mahu menangis di hadapan kedua-dua orang tuanya.Adlyna berlalu pergi menuju ke ruang pelepasan dan menjalani  pemeriksaan terakhir sebelum dia menapak ke pesawat yang harus dinaikinya.Setelah tiba di dalam pesawat Adlyna segera mencari tempat duduk yang dikhaskan untuknya.Mujurlah dia duduk sebelah seorang ukht yang juga mahu ke cairo.Adlyna berbual-bual dengan ukht tersebut sepanjang perjalanan ke Cairo.Sebenarnya inilah kali ketiga dia berjauhan untuk tempoh yang lama dengan ayah dan ibunya.Kali pertama ketika dia dihantar untuk tinggal di asrama.Itupun dia hanya tinggal seminggu sahaja kerana tidak betah duduk di asrama kerana dibuli oleh seniornya.Kali kedua pula di Ilim yang mana banyak mengajarnya erti kesabaran.

"Para penumpang,sila kemaskan tali keledar duduk di posisi yang betul kerana kapal terbang akan mendarat"
Akhirnya,sampai jua aku ke bumi kinanah ini"ujar Adlyna dalam hatinya.

Semua penumpang turut daripada pesawat dan bergerak ke ruangan ketibaan.Begitu juga dia dan Ukht Sakinah,teman sebelah tempat duduknya.Adlyna berasa sangat kaget dengan suasana di Cairo International Airport.Mana tidaknya suasana di lapangan terbang itu jauh lebih sibuk daripada klia dengan bermacam ragam manusia.Kekagetan Adlyna mulai berkurangan tatkala ternampak kain rentang tertulis "Selamat Datang Mahasiswa Malaysia ke Mesir" dan juga ternampak beberapa ukht yang memakai tanda nama tertera "Ajk sambutan Mahasiswa Mesir".Belum sempat Adlyna menyapa mereka terlebih dahulu menyapanya dan menawarkan untuk membantunya membawa bagasi.Setelah semua mahasiswa baru dari Selangor telah selamat tiba dan berkumpul di ruangan sambutan mahasiswa,mereka kemudiannya di bawah ke Hayy Ashir.
Di hayy ashir,Adlyna dan teman-teman senegerinya mengikuti program minggu mesra siswa dengan kata lainnya program orientasi.Program itu berlangsung selama seminggu dan sedikit sebanyak program itu dapat membantunya dalam menyelusuri perjalanan di bumi kinanah terutamanya soal keselamatan,penempatan dan tabiat buruk pak arab supaya dia lebih berhati-hati.Dan doa rabitah menjadi pengikat ukhuwah dia dan teman-teman senegerinya  dilafazkan ketika penutup  program orientasi ini.Bermakna selepas ini Adlyna bebas untuk menentukan corak hidupnya semasa  berada di bumi kinanah dan bukan lagi di bawah pengawasan senior-senior seperti dalam program orientasi tersebut yang bermisikan pembinaan biah solehah.


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan iniAmin ya rabbal A'alamin..

P/s:Dengarkanlah lagu doa rabitah ini.Moga-moga dapat menyuburkan tapak hati yang sedang gersang dari sinaran takwa....Doakan juga diri penulis semoga sentiasa sihat dan istiqamah dalam usaha menggapai reDha Allah....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails